Sunday, March 20, 2011

All About Your Heart






I don't mind your odd behavior
It's the very thing I love
If you were an ice cream flavor
You would be my favorite one



My imagination sees you
Like a painting by Van Gogh
Starry nights and bright sunflowers
Follow you where you may go



Oh, I've loved you from the start
In every single way
And more each passing day
You are brighter than the stars

Believe me when I say
It's not about your scars
It's all about your heart



You're a butterfly held captive
Small and safe in your cocoon
Go on you can take your time
Time is said to heal all wounds


Chorus


Like a lock without a key
Like a mystery without a clue
There is no me if I cannot have you


Chorus


"Believe me when I say
It's not about your scars
It's all about your heart"
:)


THAT'S THE WAY IT IS~

WHEN YOU HAVE SOMEONE BY YOURSIDE,
PLEASE STICK TO HER/HIM !!!!DON'T BREAK HER/HIS HAERT TAW :)


REMINDER FOR MYSELF ALSO
:)


*suke-suke*
(bekukan kenanagn ini wahai doreamon)

Saturday, March 19, 2011

Thursday, March 17, 2011

UJIAN ITU RAHSIA ALLAH S.W.T


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.



Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.




Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.



Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.



Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!




Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

CONTEST MUKE FISH YANG KIUT

Salam uolss...
Today after blogwalking tetibe terbaca tentang contest ni....
Yuhuuuuu...COOL meh....suker2..sebab memang suker wat muker ikan..;P
So rase nak masuk je contest ni....
Contest ni di anjurkan oleh Puan Zaa.
Motif nak masuk contest ni sebab rase terkiut jew lau masok....So apelagi jom masuk reramai~

"Contest Muka Fish Yang Cute By Puan Zaa"

cara nak join contest ni :-
  • wajib taw ader pic korang yang muka ala-ala ikan yang cute - seperti di ats (puan Zaa mahupun di bawah (aku la tu)
  • buat satu entry khas tentang gambar tu. bila, kat mana & kenapa ambik gambar macam tu (just like what i'hv done)
  • be her followers ....=)
  • letak banner ni kat entry penyertaan korang dan juga di sidebar blog korang -tgk kat sebelah kiri...yeayyy jadi wat-(baru belajar tadi)
  • tinggal link penyertaan korang di ruangan komen entry  Puan Zaa taw...=)
  • terbuka kepada semua blogger, takde had umur :D 
  • and last sekali, tag kepada kawan korang  

    P/s:ade contest ade hadiah taw...mai reramai masuk contest cool ni!!

    Opps lupe lak nak cakap...."Contest bermula 9 Mac 2011 hingga 9 April 2011"

     So ni la pic aku yang perasan comey ikan-ikan tu...hehehhe.....*jeng jeng jeng*
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *






    Yo Yo yo~...taraaa~muke fish yang kiut dari cik azreem.....
    Tengok bukan calang-calang berentap taw..Aku berentap dengan ikan emas aquarium 
    Ah Seng lagi uolss!!!
    Aku yakin O.05 %  rase nak same dengan ikan tu...;)
    Motif tempek pic ni obviusly la nak masuk contest ni...
    So godek pic ni dr fb picass...

    Pic ni diamabil bulan Disember ritu...time gi Zoo Taiping ngan anak saudara...

     Motif ambik pic gaya ikan cute sebab nak kiut juga bila bergambar bersama Sara(anak sedara aku).Sorri Sara, pic Sara auntie im crop sebab giler kuasa nak pose sensorang...hehhehe.Aku crop tak brapa nak pandai arr..Nampak gak tangan Sara.Cube tengok pic semula...huhuhuhu...

    So,bile buat pic kiut cam ni... nak nampak kiut miut meow meow meow...opss bunyik kucing lak...!!

    HmmmmMm~BUNYIK IKAN CAM NER???? ;P
  So nak tag:eva,azieshah...

k.tata dulu...
mumu...
first time masok contest....!!!yuhuuu~

COMEL KAN???

Terbaca something kat fb...Rase comey kot...

"Find a guy who calls you beautiful instead of hot, 


who calls you back when you hang up on him, 


who will lie under the stars and listen to your heartbeat,


 or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, 


who wants to show you off to the world when you are in track pants, 


who holds your hand in front of his friends, 


who thinks you're just as pretty without makeup on.


 One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU... 


The one who turns to his friends and says, "thats her"....


 I need u...in fact i need you so much closer...
jiwang lak.hehhe gimme a break.....
Long distance relationship....huhuhuhu..*sigh*
Bertabah...3 more month b4 I meet him!!


Love dis...
i wasn't looking at him...pic cam shidi syiok sendiri...;P

LATA BELATAN,TERENGGANU

Hello u'olss..
Hari ni ni nak cite pasal bercutian bersama kengkawan ke air terjun.
Ni la percutian bersama ngan kengkawan sempena tahun 2011 ni.
Huhu..sori baru nak update coz external baru jumpa..aduss.

Ok,sejak duduk kelantan,tak tahu nak lepak mane.If dulu study kat UiTM Shah Alam banyak la tempat nak lepak kan.Tengok wayang la,jenjalan kat mall la....
Ni kat kelantan..KB MALL je ade...TGV,GSC,Big Cinema xde occay....
huhuhuhuhu.........
So,kalau nak lepak weekend2,jenuh la pikiaq idea nak g mane.
Secara konklusi kitaowang berfikir ke tempat yang penuh dengan alam semulajadi...
Ke mana lagi.....
Ke Lata Belantan La...

If dari Kb,perjalanan ambik masa lebey kuarang 2 jam cam tu la...(termasuk masa berhenti gi toilet stesen minyak petronas.hehhhe )
First time g sini..best sangat!!!!Udara bersih lagi nyaman...pepohon menghijau dan ayaq terjun die,mak aii..S.E.J.U.K!!!!!

Ok meh nak intro Pasal this place:-

Lata Belatan ni  terletak didalam Hutan Simpanan Gunung Tebu dalam Daerah Pentadbiran Hutan Terengganu Utara.Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Jertih atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.
Bagi  tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan. Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985.

Oh one more thing, ade Gunung Tebu kat sini. Ianya merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Terengganu (1097m dari aras laut). Ia merupakan tarikan utama bagi pendaki-pendaki yang ingin mencabar mental dan fizikal dengan mendaki gunung ini. Lata Belatan juga menawarkan tempat rekreasi terbaik dan selamat bersama keluarga sebab airnya xdalam mane pon...ade la dekat peha aku sajork(note:aku ni ketot,tinggi 155cm je,xleh jadi pramugari...huhuhuu) 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menenangkan fikiran(gitew), berkelah bersama keluarga, berkhemah, menyusuri sungai, jungle trekking atau mendaki gunung. Kadar bayaran bagi perkhidmatan di Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu RM2 (tapak Perkhemahan), RM5 (bagi pendakian gunung tebu setiap seorang).

Maklumat Lanjut
tentang Penginapan :

Abdul Aziz Bin Jusoh
012-9578075

Azran Abdul Aziz
012-2431578

Lata Belatan, Jabi, 22020 Jerteh,
Besut, Terengganu, Malaysia
Tel: 09-6976110
Gunungteburesort_88@yahoo.com

If nak tahu dengan lebeh detail lagi.Layari website ni yo!

Ni pic kat sane bersama kengkawan yang best(sedey nyer dah last sem after 6 years bersama-sama)
Excited!!!Sorii mak cik ambik pelampung wat prop pengambaran gadis semasa !!yaww~

Pemilihan pelambung kami=)
Leh lak aku pilih Ben 10..hhehhehe

Ade gerai juga kat sini...goreng pisang dan kopok lekor ade!!yeayyyyness!!

Jabatan gantung
Aku semangt nak mandi,sekejap je dah salin baju...kain tola dipegang lagi2..
prepare habis...!!

Baru lepas panjat gunung...heheheh=)

Cak~

Pose rabbit sgt~

Turun 5 kg naik turun tangga kat sini

Bukti penah sampai kat sini...haruslah digambari occay~


Ecehhh~Pengembaran Doreamon dan kawan-kawan.
Maskulin model....hmmm~;P

Yeay!!Post rabbit semakin fofular~
Aku la pelopor nya gitew~


Saturday, March 12, 2011

TAK SABARNYA!!

 25 DAYS TILL I TURN 25!!!

Dah masuk alam dewasa ni rase nak wana cam gades remaja sajork ;)....
HAMBEKKK....Nak wana pinky-pinky bagai Uolss...kekunon mak enon nak sweet-sweet gitew.
Motif sebenar nak kekalkan keremajaan.

MINATTTTTTTTTTTTTTTT sangat kete ni wei!!!
Boleh ke dapat???
Mau sepuluh tahun gaji aku ni...hmmmm~
Sape-sape nak bagi kat i memang disyiorkan..;P

Tahun ni nak adiah yang comey-comey sajew;P
Last sekali...jeng jeng jeng..

NAK KAWEN!!!!!!
hehehehe...

i mean nak kawen tapi haruslah pelamin macam ni
sweet and simple kan??







TQ 4 reading this...umo meningkat,hormon tarak stabil...
nak kelihatan comey momey sajork....
NORMAL KAH???
;P

P/s:all pics from Mr.sesayang google
CHIOW.NINITE!!

FIRST TIME BERGAMBAR BERSAMA-SAMA

Hambek tajuk entry!!
Bagi korang mesti meluat kan.Tapi bagi aku memberi sejuta makna. Eceh~
Yes,memang agak nak muntah sebab cam over nyer ko..xpenah ke taking pic together2 ngan boifie.
Jawapan nyer :memang xpenah....ni la first time kami tangkap pic bersama and keluar bersama yakni ketempat yang jauh dari Seksyen 18 selepas setengah tahun "aku syiok kat hang,hang syiok kat aku"......
(paling jauh aku gi dating time ni adalah KFC seksyen 18.Time tu aku dok cemara,so dekat sangat, bersin pon dengau kan....kene ikut rules and regulations dari mak aku wei...Mr.R terpaksa mai dengan moto kapcai die ke seksyen 18.Semangat kot nak dating ngan aku even die dok seksyen 7...aku dak EDU memang dok 18 la kan..fac EDU seksyen 17 je,dekat stesen bas tu ...Mr.R dak mechi so fac main camp la plok...)

Tempat selalu dating,xlain xbukan AL-RAFI BISTRO-sebelah maidin je,depan hostel aku sangat.(mamak tebaq roti canai mahu pun goreng mee mamak,jelas kedengaran di ufuk telinga beta..hohoho)

Setiap kali dating muke mamak aku nampak,then feeling2 beli aiskrim kat maidin,jumpa mamak lagi.
Last2 aku rasa boipren aku pon terevolusi muker pon nak mamak gitew...I mean dalam bahasa halus dan jitu muker HINDUSTAN TAW..amponnn Mr.R(nama samaran gitew)

Cam ner nak mulakan cite ea...hmmm.
Sebenarnya..aku bukanlah gades normal..seperti anda yang lain.
Aku umoq dah dekat 24 baru nak terjatuh cinta bagai wei.
Kalau ikut mak aku, umoq 24,mak aku dah kawen dah ngan abah aku.Dipercayai dah bunting pelamin....wow maju nyer mak I!!RESPEK2...heheehehe...;P

YUP Aku tahu!!Aku ni agak sadis sikit sebab baru nak terfeeling jatuh cinta..I mean FIRST LOVE gitew.
Aku bukan la jual mahal kemende atau xde orang nak...even dulu aku hudus ya amat(nanti aku stori zaman kehuduhan aku yer..seyes rase nak terjun kawah gunung merapi.TAK SANGGUP NAK NGAKU DIRI KOT) tapi ada gak orang nak kat aku..(Ni sampai skang aku muskil, ape la yang diowang nampak kat aku yang gemok gajah ketika itu...eleh,macam la skang cuantix...skang xde la cuantix ya puan2 tapi ok la sket ;D )

Kekadang aku  rasa, aku macam kene ubat guna-guna kot... (Dan-dan)
Seyes wei,dulu if ade jejaka nak approach aku...mak aii..teruss demam kura2 aku ni.
Then aku ketaq satu badan...then lau jumpa nak try avaoid.
Motif sebab aku TAKOOOOOOOOOOT sangat.
Pelik kan...bukan sowang dua wei.Adela dekat empat lima orang.
Sepatut nya aku haruslah BERGOMBIRA kerana ade orang suke kite kan.Tapi entahlah......;'(
Then diowang give up la kan..xkan nak tunggu lagi,dah aku xrespon.(excelli aku pon xtaw nak respon cam ner..and agak malas nak bermessage-message ni....kuang2)

May be gak aku kene sindrown takoot lelaki kot??ke takoot nak bercinta??ke xde feeling nak mencintai seseorang??
Nak kate takoot laki may be gak wei...aku ni xbesa ngan laki-laki,maybe sabab aku dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sekolah pompuan...masuk SBP pon..yang all girls sajork.adik beradik pon banyak pompuan sowang je boboi.

May be juga, aku  memang xrasa nak suke kat orang kot sampai la terjumpa Mr.R aku kutip ditepi jalan jew ni...hehhehee..memain je   die memang lain dari lain.Unik ade gak,ape yang penting die LUCU SANGAT!!!
Sesuwai ngan aku yang suke gelak sajew.

Kisah perkenalan nanti2  nak cite.

So,oleh kerana aku ni susah jatuh cinta,so sesi pergambaran bersama dengan die sangat-sangat la rase syiok!!First time taking pic ngan orang tersayang at the age of 24!!!!!hambekkkk...
Nak2 kami pon jarang kuaq bersama2.....
Bile kuar bersama rase best sangat...=D
Yang Paling Best,bile bergambar buat pertama kali di dalam suasana yang banyak lampu wana wani..
Sooooo romentikus meniskus rakus.That day rase cam all my fairytales come true(Ok ni over sudaahhh;P)
So enjoy this pic.....................Zass~
Tq  Intan sebab tolong  kitaowang ambil gambar..sporting sangat die!!!
Siap suruh kitaowang posing caring daring maring and manjew manjew gitew!Ahakss

Mr.R yang terkesima setelah aku nak tangkap gambau cam ni.
Hambekk ,nerbes hang Mr.R !! ;P
Posing  dalam mood bahagia la kunon..hehehe
Kutub utara(aku la tu) and kutub selatan(Mr.R,yakni berasal dari negeri yang feymes dengan pengeluaran cencalok di peringkat global..hehhhee) ;D
Gerbang mahligai kebahagiaan (captian muntah ijo..hehhhe..gedixss aku ni)
Seyes time ni berebut dengan auntie "mane tah" nak ambik pic kat sini...=)
Tq kat mimi...sebab sengaja membekukan moment kebahagian sayer...
Muker Mr.R yang tahan nerbes and malu-malu kucing siam sebab aku menghampirinya..hahhaha
Hammbekkk..gedebuk besaq..sebab paling suke pic ni...yeayyy!!
Bersama kawan-kawan....bukan la dating berdua-dua taw..
Time ni Mr.R jadi potoghraper kitaowang...tq sayang!!  :)
Posing gong xi facai dari aku
Yup!!Mr.R sangat la nakai ya amat cam hantu puaka niyang rapik...
Bukti??..lihat pic..choy~
Malu nak cakap.
Ni la pic yang ditangkap secara berhemah dan bersembunyi dari Mr.R!!
(oooo gatai yer stalk aku no)
Papa and Mama bersama anak-anak ;P
Hahha..ni memang lawak...
Selain aku menagkap pic bersama dengan si die dan kengkawan yang lain..
Pic aku juger ditangkap oleh orang tak dikenali.
Ni kawan Mr.R kot...
Malu i..
Die tagged kat fb.

Cer tengok aku wei..Posing tak tahan...
Siap cekak pingang lagi uols....compiden~
(if tak nampak,click untuk tumbesaran)
Mr.R dengan sabar menangkap pic aku...hehehehe..
TQVM ya!!
*KENANGAN*
Dua pic kat atas ni..Mr.R ambik dr fb and fs.(pic before gi I-city)
Rajin nyer hang ni.
Sebab xde pic bersama-sama kan,So Mr.R telah membuat pic sebegini rupa.
Pic kat atas penuh dengan butterfly,sebab aku suker sangat rama-rama.
Ingat mak cik meriah carrey je minat butterfly,I pon minat taw ;)


Pic kat bawah motif Mr.R selaku kucing comey la kot and aku selaku ikan nemo yang berpuluh-puluh kali ganda comey dari kucing tu...
hohohoho...*gelak evil*
HHhmmmm~After gi I-city baru ade pic bersama-sama.Akhirnya~wakakkaa.

Haahahahahahahhaha gelak aku wei bile teringat semua pic ni..
Zaman-zaman bercinta la katakan.

Semanagt betoi Mr.R ni...
Siap print lagi kat kedai.Then bagi kat aku ,suruh letak dalam purse..hehehe
Sampai sekarang pic ade dalam purse aku lagi taw.
Suker sangat bile tengok,
Pastu gelak..muskil kenapa aku harus jadi ikan nemo????sebab aku yakin aku carta ikan jos mahupun ikan kembung.
kikikiki
Tq Mr.R.



P/S:Pic ni dah lame dah...tahu lepas..9.3.2010..
Saje upload sebab teringat and rindu time dulu2...
Tq kat kawan2 juger sebab sporting habis time ni..(1st time intro encik kesayangan kat diowang..selama ni aku keep it as secret je)....
Allhamdulilah diowang respon baek...
Time ni pon I-city masok free..skang kena bayau seploh hengget dah kot...
Tapi still teringin nak gi sane lagi....

Hope leh gi sane nanti =).
MR.R bukanlah Mr.Rajagopal mahupaun Mr Rajinikanth taw (tengok pic kat bawah).
Ni pon MR.R jugeks UOLss~
TQ mr.google


Tapi Mr. Rashdi ...
Entah pehal aku letak MR.R tah....(kekunon nak name samaran..zasss ;P)
K tq 4 reading...
tata n ninite
muaahhhhss~
xoxo

Tuesday, March 8, 2011

YUHUUUUU

OMG HARI NI ,YAKNI PADA TAHUN  LEPAS GI I-CITY BERSAMA!!!
AND IT WAS MY FIRST TIME AMBIL GAMBAR BERSAMA...SUKER!!

p/s:pic update sok jela...skang nak tidor dulu...ninite2!!mumu juger!!

Sunday, March 6, 2011

SEMINAR ON PROFESSIONAL DEVELOPMENT

HELLO UOLS.....
(huruf besaq sebab lame xupdate kan.....seyes busy..yerla kan sem akhir...Busy sebab ada  drama practices...HOHO).

Emmm..update pasal drama nanti2 la kan,sebab pic banyak   kat producer. Macam la xleh ambik (producer roomate aku kot)
Cuti sekolah ni baru nak update bout drama bagai gitew....

OK...hari ni kene attend seminar seperti tajuk entry di atas...kire perlu sangat menjadi profesional  dalam kerjaya masa hadapan aku nanti...=)

The best thing is aku TARAK TIDOQ  sepanjang seminar itu berlangsung.
SUMPAH.heran dengan diri sendiri, selalu nyer before tuan speaker pegang mic aku dah ZzzzZZZz
First part cam boring gakla..tapi aku fokus kot..siap tulis note lagi...(hip hip horray kat diri sendiri)
Then as time goes by...syiok kot juger. Layan..!!!

Semangat kobar sangat nak attend this seminar memuncak2 setelah aku bangun awal di waktu pagi dan mandi dengan jaya nyer even umah aku ade masalah air, ade masalah paip mende tah,mengangu konsentrasi mandi aku sajork..nak tadah air  satu liter air pon dekat 5 minit wei..adusss geram aku!!

Pastu, aku antara yang mai awai......(semangat kan.) .Pintu dewan tak buka lagi kot.wow!!!Kagum lagi!!(cite cam ni, nampak sangat aku ni seorang pelajar yang malas tetapi telah berubah sikap jati diri kan)
Exculi mai awai sebab nak chup tempat ...sangat kanak-kanak ribena blackcurrant!


Kat bawah adelah speaker yang dijemput hadir:


1st speaker: En.Adnan..KJ taw (ketua jabatan)-Professional Development....(kobar tulis note time ni)

2nd speaker: Tn Haji Rosli B Mahmood- Standard Guru Malaysia....(time ni aku xleh fokus menulis sebab dok gelak jew..seyes lawak die ni)

3rd speaker: En Syazwan B Samsudin (senoir aku)- Teaching Profession(time ni masih fokus...pastu takot dengau die cite pasal dak2 laki kat sekolah.....kene hati2..serammm sangat)

4th Speaker: Pn Adlina Gooi Adullah-Administrators' Expectations of New Teacher
 (cara die pakai tudung macam aku occay!! pesyen dulu2 tu,tudung bawal simpul2 gitew...baju die chantek sangat...cincin die..Mak aii besaq wei tapi chantek...aku masih fokus...tapi lebeh kepada keterujaan meng"FOKUS" baju die yang chantek!!!...)

So ni pic yang telah diambil!!L.A.Y.A.N

Ammponn yer kengkawan...jurufotonya lagi kesejukkan masih  diawalan pagi. Sebab tu la pic ketaq.

Yang pakai tie tu emcee hari kejadian....posing aku tak menahan ;P curvylicious ala2 KIM K gak aku ni..opss,pasan!!

Bersama pak koq (organizer program ni)Tq pak koq =).Banyak info aku dapat.

p/s:Beg comey di bawa pulang.hati gumbira!!


Tq 4 reading =)
tata

Thursday, March 3, 2011

DAH HABES MAKE UP BLOG!!

Baru jew habes make up blog...
Baeklah eseimen xsentuh lagi...dateline  dah dekat...
kong mei nga!!!!!!
sesal dahulu pendapatan.....
sesal xwat eseimen....
padan muker hang AIM!!!!
sedey dengan diri sendiri sebab terlebey rajin..malas!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...